FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
MALAYSIA
1. MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH
KOMUNIS.
Pengaruh komunis yang semakin
meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang
memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP)
pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas
anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim
Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil.
Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong
Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura.
Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir
Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam
keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan
dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.
2.MEMBERI KEMERDEKAAN
KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA.
Menerusi penubuhan Persekutuan
Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan
mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan
negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa
cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam
status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri
naungan.
Dalam perancangan penubuhan
Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Tetapi
jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar
kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun
ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan Sabah dan
Sarawak boleh disegerakan.
Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan
British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada
tanah-tanah jajahannya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan
British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana
suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul Rahman
berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada
Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Oleh itu, Tunku percaya
dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan
dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan
hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya.
Sekiranya kemerdekaan tidak
diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir wilayah tersebut akan
dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan
ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga
pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap
negeri Sabah, Sarawak dan Brunei.
3.PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI
Melalui Persekutuan Malaysia,
negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan
perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh
membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi.
Ini bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu
oleh Tanah Melayu, Singapura dan Brunei
4.MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA
DI SABAH DAN SARAWAK
Sebelum penyertaan Sabah dan
Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan
nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera.
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang
oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor
pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3%
sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan
Malaysia, Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk
Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan
keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
Sistem perhubungan di kedua-dua
wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung pada sungai-sungai dan
perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran.
Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak mendapat
layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar yang
datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan
ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di
kalangan orang luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat
sedikit dan faktor ini membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang
jawatan dalam kerajaan.
5.MENJAGA HAK KEPENTINGAN KAUM
BUMIPUTERA
Pembentukan persekutuan yang
terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah
untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan
pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo kerana
percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menghilangkah
majoriti penduduk Melayu. Ini
kerana singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan
ini akan menghlangkan majoriti penduduk Melayu.
Apabila pencantuman berlaku antara
Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%,
sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu
pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru,
apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera
termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini
bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam,
kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal
sebagai kumpulan terbesar.
lmlao
ReplyDeleteDon't wooosh me but it's lmao
Deletenota bgus2 go go
DeleteNota yang bermanfaat
ReplyDeleteThyou🤩❤❤❤💖💖💖💖
ReplyDeleteYahooo
ReplyDeletesting aku
Deleteuseful information but it would be better if u would divide it into the 3 aspeks which is ekonomi, sosial n politik but nevertheless thank u!!
ReplyDeleteGOOD FOR GIVE THE INFORMATION
ReplyDeletesting aku yahoo
ReplyDeletelmao
DeleteHahahaha
DeleteHahhaha... Entahlah... Klw psal sejarah xtw pa mw komen..... Tpi sting aku.... Yahuuuu👍mantap yow
ReplyDeleteNOTA YANG BERKESAN.
ReplyDeleteHelo
ReplyDeleteHei
Deletewkwkwkwkwkwk
DeleteHelo
ReplyDeleteGood info
ReplyDeleteWkkw
ReplyDeleteuhhhh
ReplyDeleteokeh
terima kasih kerana berkongsi maklumat
ReplyDeleteThank you
ReplyDelete👍🏻 terima kasih
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletewowwwwwwwww
ReplyDeletenoiceeeeeeee
ReplyDeleteThank you!! you helps me a lot!!✨💚💚💚
ReplyDelete