PEMISAHAN SINGAPURA
Semenjak Singapura menyertai
Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan Singapura dengan
kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin rumit
dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk
Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh
mencetuskan keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul Rahman
berpendapat lebih wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai jalan
keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan
perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik yang
berterusan. Akhirnya Singapura berpisah dari Malaysia pada Ogos 1965.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA
a. Perlembagaan
Kebanyakkan soal yang berkaitan
dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan kewangan. Mengikut
perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai kastam, cukai
eksais dan cukai pendapatan. Selain beberapa kekecualian, semua hasil yang
dikutip akan dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi untuk
kerajaan Persekutuan. Oleh sebab beban cukai Singapura paling ringan dan
bertambahnya perbelanjaan pertahanan, akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan
bercadang mengkaji semula agihan hasil dan Singapura perlu menyerahkan
60% daripada jumlah hasilnya dan bukanya 40% seperti yang dipersetujui
sebelumnya. Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut perjanjian
Malaysia, terdapat satu persetujuan bahawa sehingga bulan Disember 1968,
kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura sebelum
mengenakan cukai import yang baharu. Kebenaran itu boleh ditangguhkan, jika
sesuatu jenis cukai itu boleh menjejaskan perdagangan bebas Singapura.
Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi tahun 1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura membantah pengenalan cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pada akhir bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan para pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka kilang. Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.
b. Persaingan Politik Antara PAP dan MCA
Keadaan ini dapat dilihat apabila
pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiatan politik
PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil
bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas
penyatuan. Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam
pilihanraya umum di Tanah Melayu pada tahun 1964. Pada masa tersebut Tunku
Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas
sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina. Penglibatan PAP yang terlalu awal
dalam kegiatan politik di Tanah Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum,
terutama hubungan UMNO dengan MCA. Malahan, PAP dikatakan berminat untuk
mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam Kerajaan Perikatan.
c. Masalah Perkauman b.
Masalah perkauman ini dapat dilihat
pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang menjadi semakin renggang akibat
beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang
Melayu di negeri itu ‘berasa diri mereka diabaikan’ dan kerajaan Singapura
tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu, beberapa
buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk
melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin rumit selepas Setiausaha Agong
UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee Kuan Yew cuba memecahkan
perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura sering mengencam
golongan yang disifatkan sebagai ‘pelampau’ dalam kerajaan Persekutuan,
terutama Syed Jaafar Albar yang dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai
bertanggungjawab menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada bulan
Julai dan September 1964.
Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia juga kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah mengenepikan institusi dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan dikalangan parti pembankang dengan slogan A democratic Malaysian Malaysia untuk menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru diwujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka menggalakkan negeri-negeri itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsip-prinsip perlembagaan yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain bertindak balas. Memandangkan sebahagian besar pihak pembangkang terdiri daripada bukan Melayu, keadaan ini seolah-olah mencerminkan penentangan mereka terhadap orang Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus rebutan kuasa politik antara kaum Melayu dengan bukan Melayu.f
d.Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan Dan PAP\
PAP berhasrat untuk mewujudkan
masyarakat ‘bukan perkauman’ secara serta-merta dan berpendapat konflik timbul
akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP berminat untuk
berdebat secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan
dasar-dasar baharu dengan segera. Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti
yang dibentuk dengan struktur perkauman berdasarkan masyarakat majmuk yang
sedia wujud di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat perbincangan secara
terbuka tentang perbezaan kaum boleh mencetuskan ketegangan dan kekacauan.
Perbezaan pendekatan dalam menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan
pergeseran antara Parti Perikatan dengan PAP.
nice and complete. thank u
ReplyDeleteWah
Deletethanks
ReplyDeletevery helpful and listed all out in details , thank youu
ReplyDeletetq
ReplyDeleteThank you so much for the info😁
ReplyDeleteUR welcome
DeleteBila baca secara detail baru tahu cerita sebenar nya ..pada tahun itu 1964 saya belum di lahir kan ke dunia..ini bermakna Malaysia sudah berpisah dgn singapura bersama tarikh 1965 saya dilahir kan..dah 56 tahun berlalu..saya harap kerjasama antara malaysia dan singapura di terus kan seperti biasa..
ReplyDelete