Kesimpulan
Hubungan yang tegang antara
Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya menjelang Mei
1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat
Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul
Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang
undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan
tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri
oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang
berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian
itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga
mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahan Singapura,
Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Menerusi penubuhan Persekutuan
Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan
mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan
negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa
cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status
negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
No comments:
Post a Comment